Home Berita PAS Selangor

YDP PAS Kapar santuni masyarakat India yang terkesan – PAS Kawasan Kapar

138
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar

Oleh : Umar Al-Hayawi

KAPAR, 30 September – YDP PAS Kawasan Kapar, Ust Noor Najhan Mohamad Salleh diiringi oleh En Poopandian, Ketua DHPP Kapar telah turun menyantuni masyarakat India yang terkesan di sekitar Batu 9, Kapar.

Menurut laporan, pihak PAS Kawasan Kapar telah menyampaikan sumbangan pek makanan yang berisi barangan asas dapur, termasuk sepeket beras kepada setiap keluarga yang disantuni.

Menurut PAS Kapar, ada di antara mereka yang kehilangan orang yang tersayang, ada yang terlibat kemalangan dan ada juga yang hilang punca pendapatan.

Yang pastinya terukir senyuman pada setiap keluarga yang disantuni dengan ucapan, “Terima Kasih PAS.”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor