Home Berita PAS Kelantan

Khidmat petugas dihargai ADUN Kelaboran

7
SHARE

Oleh CHE MAZIAH MAT

KELABORAN, 13 Sept: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, YB Adanan Hassan turun menyantuni dan menyampaikan sagu hati kepada para petugas sebagai menghargai khidmat kakitangan kesihatan dan anggota sukarelawan selama lima hari mengendalikan sesi kedua Program Pemberian Vaksin Outreach (PPVO) COVID-19 di Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 2.

Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato’ Che Abdullah Mat Nawi turut menaja makanan kepada para petugas.