Home Berita PAS Kelantan

Golongan peniaga kecil terus dibantu

3
SHARE

Oleh NORZANA RAZALY

PASIR MAS, 13 Sept: Golongan penjaja serta peniaga kecil antara golongan yang teruk terkesan akibat pandemik COVID-19 terutamanya dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pelbagai bantuan disediakan oleh pihak kerajaan sama ada secara tunai ataupun melalui pemberian bakul makanan untuk membantu golongan berkenaan meneruskan kelangsungan hidup. Pusat Khidmat DUN Meranti turut mengambil inisiatif dengan memberi sumbangan kepada peniaga-peniaga kecil yang terlibat.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Dato’ Panglima Perang Mohd Nassuruddin Haji Daud kepada 200 orang peniaga kecil kesemuanya, dan seramai 10 orang telah pun disempurnakan semalam.