SHAH ALAM, 21 Dis – Khidmat Malaysia Negeri Selangor mengaktifkan Bilik Operasi Banjir bagi menyelaras operasi penyaluran bantuan kepada warga Selangor yang terkesan akibat bencana banjir.
Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Selangor, Datuk Rushdan , berkata ekoran bencana yang berlaku, Khidmat Malaysia Negeri Selangor terus membuka Bilik Operasi Banjir.
Beliau berkata ia bertujuan memudahkan penyaluran segera bantuan seperti makanan dan keperluan asas lain kepada warga Selangor yang terjejas.
Selain itu, Datuk Rushdan berkata Sukarelawan Khidmat Malaysia yang datang dari seluruh negara bagi membantu dari segi pembersihan pasca banjir akan diselaraskan disini katanya lagi.
Taklimat ringkas ini diberikan ketika kunjungan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah YB Senator Dato Ust Ahmad Yahaya bersama rombongan ke Bilik Operasi Khidmat Malaysia Negeri Selangor tadi.