Home Berita PAS Kedah

ADUN Tanjung Dawai hadir Program Jualan Keluarga Malaysia anjuran KPDNHEP.

81
SHARE

Oleh ANA NAJWA

MERBOK, 22 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Haji Ghazali telah hadir ke Program Jualan Keluarga Malaysia yang bertempat di Taman Lembah Bujang, Fasa 5.

Menurut YB ADUN, ini merupakan program pertama beliau bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersempena penganjuran Program Jualan Keluarga Malaysia di Pasaraya BK dan kedai jualan ayam, ikan dan sayur di Taman Lembah Bujang, Fasa 5.

Program ini berlangsung selama dua hari sahaja iaitu pada hari Sabtu dan Ahad bermula pada awal pagi sehingga jam 12 tengahari.

Pelbagai barangan keperluan diberi potongan harga yang menarik untuk para pengunjung dan pembeli yang hadir.

Difahamkan juga Program Jualan Keluarga Malaysia ini akan dilaksanakan sehingga bulan Mac tahun 2022.

YB ADUN merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak KPDNHEP atas jemputan YB ADUN untuk turut serta dalam program ini.