Home Artikel PAS Johor

Khidmat Malaysia Kulai serah sumbangan pasca banjir

267
SHARE

Oleh : Abu Hadif

KULAI, 24 Jan : Hasil kutipan sumbangan daripada orang ramai sebelum ini melalui Tabung Kebajikan Bencana PAS Kulai telah disampaikan kepada para penerima dengan jayanya di sekitar mukim Bukit Batu dan Murnijaya semalam.

Menurut Penyelaras Khidmat Malaysia (KM) Kulai, Mat Yassim Mahmood, sumbangan berperingkat bantuan pasca banjir ini menyasarkan kepada 14 buah rumah mangsa yang dikesan dari beberapa buah kampung di sini dalam kalangan warga emas, miskin dan OKU, hasil tinjauan yang dilakukan sebelum ini.

Tambah beliau, sumbangan yang diserahkan antaranya adalah berupa wang tunai, tilam, kit barangan makanan dan beras.

Menurut Yassim lagi, sumbangan kepada para penerima tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Kulai, Fauzi Che Ahmad diiringi Ketua Operasi Misi Banjir PAS Kulai, Shahariman Senawi dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa KM Kulai yang lain.

Sementara itu, di mukim Senai juga, KM Kulai telah menyerahkan sumbangan kepada enam penerima mangsa banjir yang berada di Kampung Sepakat Baru melalui AJK Cawangan Senai, Hassan Moosa, di sini semalam.

Mat Yassim juga menambah, sumbangan untuk siri seterusnya akan disusun dan diserahkan secara berperingkat mengikut keperluan para penerima.

Untuk rekod, dana sumbangan ini juga telah mendapat bantuan sokongan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya seperti Pertubuhan Kebajikan Kulai Prihatin (Kulai Care), Pertubuhan Kebajikan Amanah Kulai (PKAP) dan lain-lain.