Home Artikel PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Pembukaan rasmi Bank Negara Tanah Melayu

274
SHARE


24 JANUARI 1959 (SABTU)

PADA hari ini dalam tahun 1959, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad telah membuka dengan rasminya Bank Negara Tanah Melayu. Baginda menyifatkan upacara itu sebagai peristiwa yang terpenting semenjak merdeka.

Dalam upacara itu Baginda bertitah, “Sesungguhnya penubuhan Bank Negara Tanah Melayu ini tidak syak lagi akan tercatat dalam sejarah negeri ini sebagai satu daripada peristiwa-peristiwa yang terbesar sekali semenjak merdeka.

Sebagai banker dan penasihat Kewangan kepada kerajaan, Bank Negara Tanah Melayu akan mempunyai tanggungjawab-tanggungjawab yang berat dan peranan yang penting dalam hal ehwal ekonomi dan kewangan negeri ini”.

Objektif Bank Negara yang utama ialah mengeluarkan matawang, menjadi banker dan penasihat kewangan kepada Kerajaan Persekutuan.

Selain dari itu, tujuannya ialah untuk memperbaiki keadaan kewangan dan meneguhkan kedudukan kewangan serta menyelenggarakan perkhidmatan kredit yang boleh mendatangkan manfaat kepada Persekutuan.

W. H. Wilcock yang menjadi penasihat Bank kepada kerajaan menjadi Gabenor Pertama Bank Negara.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

Kredit foto : Facebook Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery