Home Artikel PAS Kelantan

KHIDMAT MALAYSIA KELANTAN LANCAR PUSAT OPERASI BENCANA

90
SHARE

KOTA BHARU– Khidmat Malaysia Kelantan telah melancarkan Pusat Operasinya bertempat di Syabab Point Kota Bharu petang tadi.

Pelancaran Pusat Operasi tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr Ramli Bin Mamat, ADUN Bunut Payung yang mewakili YB Dato’ Hajah Mumtaz Md Nawi, EXCO Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan.

YB Dato’ Dr Ramli bin Mamat berkata Persiapan awal amat penting bagi memberikan perkhidmatan dan bantuan yang sewajarnya apabila berlaku sesuatu musibah yang tidak diingini. Ia akan dijayakan dengan penyelarasan, kerjasama dan bantuan kepada Agensi-Agensi yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan mahupun Kerajaan Persekutuan. Semoga Allah melindungi dan menjauhkan bala bencana kepada rakyat negeri ini dan Malaysia umumnya.

Pusat Operasi ini adalah sebagai langkah persediaan awal untuk berhadapan dengan apa jua kejadian bencana pada masa akan datang terutama kejadian monsun timur laut yang dijangka melanda Kelantan pada setiap tahun bermula 23 November ini seperti yang di lapurkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia.

Mohd Ariff Bin Abdullah, Pengerusi Khidmat Malaysia Kelantan telah memberikan taklimat ringkas fungsi, skop tanggungjawab dan panduan gerakkerja kepada semua Pengerusi- pengerusi Kawasan sebelum majlis pelancaran dimulakan.

Kit peralatan bantuan bencana turut di sampaikan kepada Penyelaras- penyelaras Khidmat Malaysia Kawasan.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah YB Hj Mohd Adanan B Hassan, ADUN Kelaboran merangkap Penyelaras Khidmat Malaysia Kawasan Tumpat.- 20 NOV 2019 | RABU