Home Artikel PAS Johor

PRK TANJUNG PIAI: PENGUNDI BIJAK MENJUNJUNG TINGGI PRINSIP MUAFAKAT NASIONAL.

274
SHARE

PRK TANJUNG PIAI: PENGUNDI BIJAK MENJUNJUNG TINGGI PRINSIP MUAFAKAT NASIONAL.

 

 


1.Dewan Muslimat PAS Negeri Johor ingin merakamkan ucapan setinggi -tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada calon BN, Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng yang telah berjaya mencapai kemenangan yang cemerlang di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai dengan mendapat undi sebanyak 25,466 pada 16 November
2019 yang lalu.

2. Perbezaan majoriti sebanyak 15,086 ini sebenarnya suatu keputusan ‘ luar jangka’ dan di luar dugaan namun cukup untuk menggambarkan referendum pengundi kawasan Parlimen Tanjung Piai menolak dan telah menghantar mesej secara jelas kepada Pakatan Harapan (PH),meskipun kini BN bukan lagi memegang tampuk pemerintahan negara.

3. Iltizam dan semangat semangat yang tinggi dalam menggalas tanggungjawab membantu gerakerja PRK P165 Tanjung Piai dengan penuh dedikasi oleh semua muslimat di negeri Johor khususnya , juga dari negeri – negeri lain yang membantu amat dihargai dan akan tetap dikenang serta menjadi lakaran sejarah dalam tinta perjuangan PAS di bumi Johor.

3. Muslimat Johor patuh dan wala’ kepada arahan parti walaupun berhadapan dengan cercaan dan kejian dari parti lawan politik terutama ketika suasana kempen sedang berlangsung. Sesungguhnya segala pengorbanan masa,tenaga,wang ringgit serta terutamanya pengorbanan perasaan, pasti akan diganjari oleh ALLAH SWT di Akhirat nanti”.

4 Semangat ‘Muafakat Nasional’ dan penyatuan ummah yang kita dukung bersama , kini telah diterjemahkan oleh pengundi Parlimen Tanjung Piai,sekaligus telah berjaya membuktikan bahawa Pakatan Harapan (PH) telah gagal menawan hati pengundi akibat kempen berbaur fitnah, persepsi negatif tidak bermoral ,ugutan dan provokasi serta pelbagai janji palsu yang menggambarkan kelemahan PH dalam menjalankan urus tadbir negara selepas PRU 14 yang lalu.

5. Kejayaan merampas kembali kerusi P165 Tanjung Piai merupakan kemenangan moral buat kita bersama selaras dengan prinsip ‘Muafakat Nasional ‘ yang telah dimeterai pada September lalu.

5. Kini,tidak ada keraguan lagi bahawa formula *Muafakat Nasional* yang dicetuskan oleh PAS & UMNO telah membuka lembaran sejarah baharu dalam landskap politik di Malaysia. Kita telah berjaya membuktikan bahawa penyatuan ummah dan piagam ‘Muafakat Nasional ‘ ini tidak meminggirkan kaum atau bangsa lain. Teguhkanlah tekad untuk terus bergerak mara ke hadapan dalam meneruskan agenda ‘Muafakat Nasional- tanpa ada ragu-ragu lagi .Yakinilah!.

6. Melalui PRK Tanjung Piai ini juga,kita telah berjaya menangkis persepsi negatif yang seolah -olah menggambarkan penyatuan ummah melalui *Muafakat Nasional* ini akan membawa ke arah negara Taliban sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh lawan politik kita sebelum ini . Apa yang penting ,dakwah kepada masyarakat Non- Muslim telah menyerlahkan keindahan ISLAM yang syumul(sempurna) iaitu ummat Islam tidak pernah diajar untuk membenci kaum atau bangsa lain selagi mereka tidak menghina Agama ISLAM.

6. Mungkin di sesetengah tempat, muslimat PAS Kawasan dalam negeri Johor tidak dapat menurunkan ramai ahli dan petugas yang ramai untuk membantu atas beberapa faktor yang tidak mengizinkan , tetapi doa ,munajat dan zikir dari mereka sentiasa mengiringi langkah juang kita sepanjang berada di Tanjung Piai meskipun dari jauh.

7. Dewan Muslimat Negeri Johor telah menubuhkan ‘Skuad Munajat’ di bawah penyelarasan Jabatan Pilihanraya Muslimat PAS Negeri Johor ,sepanjang PRK Tanjung Piai berlangsung demi memastikan kerusi Tanjung Piai dapat kembali ditawan semula dengan izin ALLAH SWT . Sesungguhnya doa dan munajat merupakan senjata orang mukmin yang paling ampuh dalam menempuh badai perjuangan selain usaha dan ikhtiar kita dalam usaha memperoleh kemenangan.

7. Dewan Muslimat PAS Negeri Johor akan terus berdiri teguh menjunjung prinsip dan formula melalui kesepakatan dalam ‘Muafakat Nasional’ ini dan akan terus bekerjasama dengan UMNO Barisan Nasional serta semua pihak dalam menuju pentadbiran yang lebih adil dan sejahtera demi negara Malaysia yang tercinta.

Sekian,terima kasih.

‘MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT’.

Ingatan tulus:
Puan Normala Binti Sudirman
Timbalan Ketua
Dewan Muslimat PAS Negeri Johor.
23 Rabi’ul Awwal 1441H bersamaan 21 November 2019.