Home Berita PAS Kedah

KHIDMAT MALAYSIA KEDAH RANGKUL DUA ANUGERAH

114
SHARE

Oleh: ISMAIL BIN HASHIM

KUALA LUMPUR, 11 Feb 2022 : Khidmat Malaysia Negeri Kedah mencipta sejarah apabila meraih dua anugerah pada Majlis Aspirasi dan Makan Malam Khidmat Malaysia yang berlangsung di Perdana Kuala Lumpur City Centre malam tadi.

Anugerah ini juga merupakan penghormatan dan penghargaan atas usaha kolektif tanpa jemu semua Ahli Jawatankuasa Khidmat Malaysia dan sukarelawan khidmat Malaysia seluruh Negeri Kedah . Anugerah tersebut disampaikan oleh Ybhg Dr. Rosni Adam Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia kepada Khidmat Malaysia Negeri Kedah yang diwakili oleh Ybhg Ust Musoddak bin Haji Ahmad selaku Pengarah Khidmat Malaysia Negeri Kedah.

Pengarah Khidmat Malaysia Negeri Kedah, Ust Musoddak Hj Ahmad menyifatkan kedua-dua anugerah itu sebagai bukti dedikasi team Khidmat Malaysia Negeri Kedah, serta pengiktirafan terhadap keupayaan dan kepimpinan Khidmat Malaysia Negeri dalam menguruskan bencana dan kebajikan berskala nasional selain terus menerajui kerjasama awam-swasta dalam mengurus bencana dan kebajikan,

Anugerah ini juga merupakan penghormatan dan penghargaan atas usaha kolektif tanpa jemu semua sukarelawan Khidmat Malaysia Negeri Kedah. “Namun demikian, perjuangan ini masih belum selesai dan Khidmat Malaysia akan terus membantu kerajaan dalam semua usaha bencana dan kebajikan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Ust Musoddak bin Haji Ahmad merakamkan ucapan terima kasih atas anugerah dan penghargaan tersebut.