Home Berita PAS Johor

Wanita PN Johor lancar jentera pilihan raya

352
SHARE


Oleh : UMMU WASIILAH

JOHOR BAHRU, 13 Feb : Pelancaran jentera pilihan raya wanita Perikatan Nasional Johor telah diadakan di sini, semalam.

Pelancaran yang diadakan di Hotel Berjaya Waterfront itu melibatkan semua rakan parti-parti komponen wanita Perikatan Nasional Johor iaitu PAS, BERSATU dan Gerakan.

Majlis pelancaran berkenaan telah disempurnakan oleh YB Dato Seri Hamzah Zainudin sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya Perikatan Nasional.

Dalam ucapannya Hamzah menghargai usaha wanita PN Johor yang berjaya melaksanakan pelancaran jentera dengan jumlah kehadiran yang luar biasa.

“Keikhlasan pimpinan wanita PN Johor bekerjasama dalam melaksanakan gerak kerja pilihanraya bagi memastikan kemenangan PN dalam PRN Johor diharap membantu menuju kemenangan besar.

“Perikatan Nasional adalah parti yang prihatin banyak membantu rakyat dengan pelbagai insentif yang diberikan terutama sepanjang pandemik melanda, ” ujar beliau lagi.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya PN, YB Dato Seri Takiyudin Hassan, Ketua Wanita PN,YB Dato Seri Rina Md Harun, Naib Ketua Wanita PN, YB Senator Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Wanita PN Johor, Datuk Azlinda Ghazali, kedua-dua Naib Ketua PN Johor, Zakiah Tukirin dan Janice Wong Oi Foon.

Ketua Wanita Perikatan Nasional Malaysia, Rina Harun dalam ucapannya juga menyatakan keyakinan semua jentera pilihanraya PN Johor telah cukup bersedia.

Beliau turut berkata persiapan gerak kerja antara pimpinan PN Johor diharap dilaksanakan secara bersepadu sesama gabungan parti.

Sementara Naib Ketua Wanita PN Johor yang juga Ketua Muslimat PAS Johor, Zakiah menekankan perlunya gerak kerja mensasarkan golongan muda khususnya pengundi 18 tahun ke atas yang pertama kali akan mengundi untuk memberi kesedaran perlunya keluar mengundi.

“Wanita muda perlu sedar, peranan mereka sebagai pelapis pemimpin akan datang yang akan membantu mencorak negara.

“Tanpa kesedaran ini, anak muda akan leka dan tidak peka hal ehwal politik yang menentukan jatuh bangunnya pemerintahan sesebuah negara.

“Bagaimana mereka dapat melihat kini peluang-peluang pekerjaan dan hartanah telah begitu banyak dikuasai warga asing. Sedangkan sebahagian besar golongan muda, mereka tidak mengambil cakna isu-isu negara,” tambah Zakiah lagi.

Program diakhiri dengan penyampaian bendera kepada ketiga-tiga ketua wanita Parti Perikatan Nasional.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 26 Februari manakala pengundian awal pada 8 Mac.