Home Berita PAS Kedah

Ketua Pemuda melawat ke tapak latihan PAS Kedah

489
SHARE

SEDIM – Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid bersama Menteri Besar Kedah, YAB Haji Sanusi Md Nor telah melakukan lawatan kerja ke tapak Pusat Latihan PAS Kedah di Sedim petang kelmarin.

Lawatan ini turut dihadiri Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad bersama seluruh Ahli Jawatan Kuasa Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah.

Ketua Pemuda DPPNK berkata, “Saya mewakili Dewan Pemuda Negeri Kedah menyambut baik langkah positif PAS Kedah di dalam membina tapak ini bagi melonjakkan lagi proses latihan seluruh pemuda PAS di negeri Kedah.

“Hasrat kami adalah ingin menjadikan tapak ini sebagai pusat latihan utama bagi anak-anak muda negeri Kedah terutamanya dari pelapis-pelapis kepimpinan dari Dewan Pemuda, Mulimat atau Ulama'”, ujar beliau.

Tapak yang berkeluasan lebih 100 hektar ini telah diwakafkan oleh seorang ahli parti yang menetap di Temerloh, Pahang tetapi berasal dari negeri Kedah.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS kedah, Ustaz Musoddak Ahmad juga menyebut, “Anggaran untuk membina seluruh pusat latihan ini adalah sebanyak RM4 juta,

“Oleh itu, bantuan dana amatlah diperlukan bagi merealisasikan cita-cita kita untuk menubuhkan Pusat Latihan PAS Kedah yang rasmi ini”, tambah beliau.

Semestinya usaha baik ini memerlukan sokongan kewangan dari akar umbi agar pusat latihan ini dapat ditubuhkan dengan jayanya.

DemiIslam

MemimpinNegara

IslamMemimpinPerpaduan

DewanPemudaPasKedah

Sektor Komunikasi & Strategik DPPNK