Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : Tiada kes baharu

392
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 27 Nov : Tiada kes baharu Covid-19 dilaporkan di Negeri Melaka hari ini, seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan Melaka di dalam laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu lagi dua kes sembuh direkodkan sementara 18 kes aktif masih dirawat di Hospital Melaka hari ini termasuk satu kes ICU.

Laporan itu juga menyatakan lapan mukim dikategorikan sebagai zon kuning hari ini berbanding 11 mukim semalam iaitu mukim Belimbing (1 kes), Masjid Tanah (2 kes), Bachang (1 kes), Balai Panjang (2 kes), Batu Berendam (8 kes), Bukit Katil (3 kes), Ayer Panas (3 kes) dan Rim (3 kes).

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 1109 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Sabah mencatat kes tertinggi hari ini iaitu sebanyak 441 kes diikuti oleh Selangor yang mencatatkan 175 kes.

Laporan itu juga menyebut enam negeri atau wilayah tidak merekodkan sebarang kes baharu hari ini iaitu Putrajaya, Melaka, Terengganu, Labuan, Sarawak dan Perlis.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)