Home Artikel PAS Wilayah

SALAM TAKZIAH BUAT SETIAUSAHA KERJA (SUK) DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

378
SHARE

Oleh : Mohd Zaini Bin Abdul Aziz

Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan melalui Setiausaha III Ustaz Muhammad Syazwan Syamil Bin Mohd Razman bersama Pengerusi Lajnah Kebajikan Badan Perhubungan PAS WP Haji Abu Baker Sedek menyampaikan ucapan Takziah kepada Ustaz Adam Syukri Bin Muhammad serta keluarga atas pemergian ibunda tercinta.

Kehadiran disambut Bendahari PAS Kawasan Lembah Pantai Haji Saghir Bin Baharom bagi bersama-sama mengiringi jenazah ke Tanah Perkuburan.

Almarhumah ibunda Ustazah Hamnah Binti Ab Rahman telah kembali ke rahmatullah pada 11.30 pagi (jumaat) 27 November 2020 di kediaman beliau PPR Pantai Ria dan sempurna disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Pantai Dalam Kuala Lumpur.

Almarhumah adalah mantan Guru Pasti Nurul Iman di PPR Seri Cempaka Kawasan Lembah Pantai serta merupakan ahli PAS yang bergiat aktif di Kawasan Titiwangsa sewaktu hayatnya.

Doa dipanjatkan moga bertepatan dengan hadith Nabi SAW : “Tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada hari jumaat atau malam jumaat melainkan Allah melindunginya daripada seksa kubur”.

Mengakhiri pertemuan PAS Kawasan Lembah Pantai serta Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan menyampaikan sumbangan bagi mengenang jasa dan pengorbanan Almarhumah

Turut kelihatan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Titiwangsa dan Lembah Pantai, Puan Sharifah Rasidah dan Dr Salmah Binti Karman.

Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Lembah Pantai Ustaz Tarmizi Bin Abdullah bersama AJK DPPLP membantu pengurusan pengebumian Almarhumah di Tanah Perkuburan.