Home Artikel PAS Melaka

Ketua Menteri Melaka buat lawatan mengejut ke SJKC Malim susulan ribut

389
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA, 11 Ogos : Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Haji Sulaiman Md Ali telah mengadakan satu lawatan mengejut ke SJKC Malim yang dilanda ribut di sini sebentar tadi.

Beliau turut melahirkan rasa dukacita terhadap nasib menimpa murid-murid SJKC Malim, Melaka yang cedera selepas bumbung sekolah mereka tercabut akibat kejadian ribut yang melanda beberapa tempat di Daerah Melaka Tengah, pagi tadi.

Sulaiman menyatakan demikian di dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau sebentar tadi.

“Dalam kejadian jam 10 pagi tadi, saya difahamkan seramai 29 murid sekolah itu mengalami cedera ringan, termasuk enam murid turut terkena bumbung dan sudah mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

“Dalam lawatan mengejut di SJKC Malim ini, saya sudah mengarahkan Pegawai Daerah Melaka Tengah, JKR Melaka Tengah, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) serta agensi berkaitan untuk mengambil tindakan segera termasuk memberikan bantuan kepada mangsa yang terjejas.

“Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan mereka.” ujar beliau di dalam hantaran Facebook itu.

Turut mengadakan lawatan di SJKC Malim ialah YB Senator Dato’ Dr. Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan II.

Kredit foto : Facebook  rasmi YAB Datuk Haji Sulaiman Md Ali


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)