Home Artikel PAS Sabah

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Sepanggar Jihad Kearah Kemenangan

481
SHARE

Oleh: Muhammad Siddiq Bakri

11.8.2020

SEPANGGAR – Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Sepanggar telah berlangsung di pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah, di sini , kelmarin dahulu.

MAT kali ke-10 tersebut telah mengangkat tema “Jihad ke Arah Kemenangan”.

Penyelaras Parlimen Sepanggar, Aspar Akbar telah merasmikan MAT tersebut dan dalam ucapan perasmian, Aspar menyeru seluruh ahli agar bersedia menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN).

Aspar juga menegaskan agar ahli PAS mengamalkan sikap kerjasama dan saling membantu antara parti yang sealiran.

Menurut Aspar ia penting bagi jentera parti menghadapi parti lawan .

Aspar menyatakan bahawa sikap tersebut seiring ketaatan dan kepatuhan kepada arahan dan keputusan pucuk pimpinan.

“Dalam jemaah ni, kadang-kadang kita kena belajar dari sifat haiwan. Jangan seperti cicak, cari makan lepas tu hilang atau jangan seperti tikus, ketika gelap datang cari makanan, bila terang lari bersembunyi.

“Tapi, jadilah seperti burung helang, semakin kuat angin, semakin kuat helang tu terus bertahan dan melawan arus angin,” jelas beliau.

Dalam majlis tersebut juga turut diadakan penyampaian Anugerah Ahli PAS Istiqamah, Anugerah Pemuda PAS Harapan, Anugerah Muslimat PAS Harapan dan Anugerah Khas Yang Di-Pertua PAS Kawasan Sepanggar.