Home Artikel PAS Selangor

“Deruman ARC” | Alternative Riding Club (ARC) Selangor – ARC Kota Raja Anjur Program Kebajikan

251
SHARE

Kota Raja, Selangor | 11 Ogos 2020

Program “Isi Minyak Percuma” telah berjaya dianjurkan oleh Alternative Riding Club (ARC) Kota Raja dengan kerjasama Care Ust. Yusoff Abdullah.

Program tersebut diadakan di sekitar kawasan Parlimen Kota Raja. Turut hadir memeriahkan lagi suasana di tapak program ialah YDP PAS Kawasan Kota Raja Tuan Hj Mohamed Diah Baharun.

Selain daripada YDP PAS Kawasan turut serta hadir sdra Imran Satiman selaku Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Raja, TKP Kota Raja sdra Zubir Shah, DHPP Puan Nirmala Devi.

Seramai 90 orang penunggang motorsikal diberi minyak secara percuma dan 9 orang dapat didaftarkan sebagai pengundi baru di kawasan Parlimen tersebut.

Program berjalan dengan lancar dan baik pada hari berkenaan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan