Home Berita PAS Johor

Ketua Dewan Ulamak Johor bertanding DUN Machap

748
SHARE

Oleh Nazirul Munir

Kluang : Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Johor, Ustaz Azlisham Azhar telah dicalonkan untuk bertanding mewakili PAS menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) N26 Machap dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ustaz Azlisham yang juga merupakan Yang di-pertua PAS Kawasan Sembrong diumumkan sebagai calon oleh pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Kencanapuri, Pulak Spring Resort, Pulai harini.

Kerusi Machap telah dimenangi oleh Abd Taib Abu Bakar daripada BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang lepas yang memperolehi 9375 undi menewaskan calon PH, Haji Ahmad Ahem (8971 undi) dan calon PAS, Ustaz Azlisham (1630 undi) dengan majoriti sebanyak 404 undi.

Pada PRU-14 yang lepas juga PH telah membentuk kerajaan setelah memenangi 36 kerusi, manakala BN memperolehi 19 kerusi sementara PAS pula mendapat satu kerusi daripada 56 kerusi keseluruhan di dalam Dewan Undangan Negeri Johor dengan sebanyak 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan secara majoriti mudah.

Azlisham akan bertanding dengan Exco Negeri Johor, Dato’ Onn Hafiz yang mewakili BN serta Dato’ Dr Shahruddin Md Salleh yang mewakili Pejuang. Sementara itu PH masih belum menamakan calon yang akan bertanding di kerusi berkenaan.