Home Berita PAS Johor

KP PAS Pagoh calon Perikatan Nasional Dun Bukit Pasir

932
SHARE

Oleh Badrul Ammar

PAGOH, 24 Feb: Ketua Pemuda PAS Kawasan Pagoh, Mohd Nor Iqbal Razak telah dinamakan sebagai calon bagi Perikatan Nasional (PN) mewakili PAS yang akan bertanding di Dun N.08 Bukit Pasir dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Ini berdasarkan pengumuman calon-calon bagi mewakili Perikatan Nasional yang telah dibuat oleh pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang diadakan di Dewan Kencanapuri, Pulai Spring Resort, Pulai harini.

Nor Iqbal dijangka akan bertembung dengan calon muda daripada Barisan Nasional, Ir Mohd Fazli Salleh, PAN, Elia Nadira Sabudin dan Pejuang, Mohd Akhiri Mahmood yang menyaksikan ketiga-tiga calon ini merupakan muka baru bagi DUN ini berdasarkan pengumuman calon yang telah dibuat oleh parti masing-masing.

Pada Pilihanraya Umum (PRU) ke 14 yang lepas, Dun Bukit Pasir dimenangi oleh calon PAS, Najib Lep dengan majoriti 1883 selepas memperolehi 9835 undi menewaskan calon BN, Datuk Noriah Mahat (7952 undi).

PRN Johor diadakan setelah berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Hasni Mohamad setelah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dun pada 22 Januari lepas.