Home Kenyataaan Media PAS Perak

P Ramasamy jangan campur urusan hal ehwal Islam

128
SHARE


KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN LUMUT
23 Februari 2022 | 21 Rejab 1443

P RAMASAMY JANGAN CAMPURI URUSAN HAL EHWAL ISLAM

Dewan Pemuda Pas Kawasan (DPPK) Lumut menegaskan bahawa akidah Islam wajib dipertahan tanpa kompromi khususnya melibatkan status ketiga-tiga orang anak Loh Siew Hong dan Nagashwaran Muniandy.

Keislaman ketiga-tiga anak tersebut yang memeluk Islam secara sukarela dan sah disisi undang-undang yang diperuntukkan di bawah Seksyen 117(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 Negeri Perlis tidak wajar dicampuri mana-mana pihak.

DPPK Lumut memandang serius dan mengecam kenyataan P Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang berbaur provokasi terhadap Institusi Agama Negeri Perlis dan menggunakan istilah paksaan dan penculikan berkaitan pemelukan Islam anak-anak tersebut.

Malah ianya telah mencemarkan kerukunan dan keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia apabila menjadikan isu keagamaan seumpamanya sehingga boleh mengguris perasaan hati umat Islam.

Justeru, DPPK Lumut mengajak semua pihak yang berkaitan terdiri daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO), para asatizah, dan seluruh umat islam untuk bersatu mempertahan akidah Islam serta berharap masa depan saudara baharu tersebut terjamin.

Sekian, terima kasih

“Legasi Perjuangan”
“Memacu Perpaduan”

ABDUL BASIR MOHAMAD
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut

#KenyataanMedia
#PemudaPASLumut
#LegasiPerjuangan
#MemacuPerpaduan