Home Berita PAS Selangor

Saff Bahtera BPPNS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor – Laporan Berita Demontrasi Aman Isu Gangguan Bekalan Air Selangor Di Rawang

601
SHARE

1. Sidang media dilaksanakan hadapan kilang di Rawang. Menyampaikan suara rakyat yang sedang menderita ketiadaan air.

2. Rakyat umum, ahli PAS, Peguam, anggota Amal, pihak media, anggota Polis dan pimpinan PAS Selangor hadir.

3. Ketua Pemuda Us Hanafi Zulkapli menyatakan bahawa Kerajaan Negeri wajar mewartakan tebing sungai sebagai kawasan tadahan air. Beliau juga menyatakan sikap orang politik Selangor yang tidak peduli isu rakyat. Selesa dikerusi empuk dan tidak turun merasai keperitan rakyat. Membiarkan kilang beroperasi walaupun telah di kompaun.

4. Ketua Penerangan PAS Selangor Us Syarhan Halim mengulas berhubung operasi kilang yg tidak bertanggungjawab, pihak berkuasa yang tidak kuatkuasa walaupun premis telah di kompaun. Termasuk kilang2 lain yang beroperasi tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Simpati nasib 1.2 juta pengguna dikalangan rakyat Selangor yang terkesan.

5. Solusi kepada pihak berkenaan iaitu premis haram ditutup dan dirobohkan, premis berlesen dialihkan ke kawasan yang jauh dari sungai.

6. Kilang yang tidak ada lesen, beroperasi walau pernah dikenakan kompaun, premis kilang atau bengkel jentera berat yang luas ditepi jalan utama, menjadi tanda tanya kewujudan dan pengoperasian yang berterusan. Akan dibuat report kepada pihak SPRM.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

17 Muharam 1442H | 5 September 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor