Home Berita PAS Kelantan

KESBAN dapat kawal limpahan bah

157
SHARE

Oleh SYED RIDUAN SYED KAMARUDIN

KOTA BHARU, 16 Ogos: Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 melibatkan hilir Lembangan Sungai Golok di Jajahan Tumpat dan Pasir Mas djangka siap sepenuhnya Ogos, 2024.

Kenyataan itu dibuat oleh Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan, Ir Kamal Mustapha di pejabatnya, hari ini.

“KESBAN diharap dapat berikan sinar baharu kepada penduduk Tumpat dan sebahagian Pasir Mas pada musim tengkujuh kerana limpahan air Sungai Golok berjaya dikawal sepenuhnya apabila sistem rumah pam telah siap beroperasi”, katanya.

Menurut beliau lagi, selagi Fasa 1 ini tidak siap sepenuhnya, dijangkakan kejadian banjir masih akan berlaku walaupun ban telah siap dibina.

Namun, impak kerosakan mungkin tidaklah seteruk seperti sebelum pembinaan ban.