Home Berita PAS Sabah

Boling Ukhuwah Muslimat PAS kukuhkan silaturahim

60
SHARE

Oleh: Nur Husna Sofia

SEPANGGAR : Seramai 34 muslimat PAS Sepanggar menyertai perlawanan Boling Ukhuwah yang diadakan di One Borneo Bowling di sini, baru-baru ini.

Pada perlawanan itu, kumpulan empat telah merangkul juara Piala Yang Dipertua PAS Sepanggar selepas mencatat keseluruhan 687 jatuhan pin.

Pemain terbaik pula dimenangi oleh Werdasari yang berjaya tiga kali menjatuhkan kesemua pin dengan rekod 231 jatuhan pin.

Program pertama selepas wabak COVID-19 itu dianjurkan oleh Briged Muslimat PAS Kawasan Sepanggar dengan kerjasama Unit Keseniaan & Sukan Nisa’ Kawasan Sepanggar.

Turut hadir Ketua dan Timbalan Dewan Muslimat PAS Sepanggar, Ummu Ahnaf Abu dan Mardiana Mohamad, serta setiausahanya Jamaliah Mohidin.

Menurut Pengarah Program, Wahyuni Rahman, berlawanan boling yang menyasarkan muslimat PAS Sepanggar itu mendapat sambutan yang cukup baik.

“Kami mengharapkan dengan perlawanan ini dapat mengeratkan silaturahim yang terjalin seterusnya dapat menguatkan lagi kerjasama dalam memberi khidmat kepada masyarakat dan negara,” ujarnya lagi.