Home Berita PAS Kelantan

Kerjasama Kerajaan Pusat, Negeri percepatkan ECERDC Tok Bali

104
SHARE

Oleh SUHAIZI KADIR

KOTA BHARU, 26 Ogos: Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Kawasan Tok Bali bagi melancarkan kerja Projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Tok Bali.

Jawatankuasa yang berfungsi menyelaras perancangan pembangunan dan menyelesaikan isu berkaitan projek dan pelaburan di Tok Bali itu dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Dato’ Ahmad berkata, antara komponen pembangunan Tok Bali ialah Taman Industri Tok Bali, Taman Perikanan, Pelabuhan Tok Bali yang akan dinaiktaraf kepada pelabuhan komersial dan dari jalan satu lorong dua hala kepada jalan dua lorong dua hala bagi Jalan Pasir Puteh – Tok Bali.

Beliau menjawab soalan pertama pada hari ketiga persidangan kali pertama bagi tempoh penggal keempat yang dikemukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, YB Wan Hassan Wan Ibrahim, semalam.

#ViraliyatBerita9pg
#LiputanKhasSidangDUN201