Home Berita PAS Kedah

Kerajaan Negeri tidak abai nasib penjaja

120
SHARE

JERAI – Dakwaan kononnya Kerajaan Negeri Kedah mengabaikan kepentingan para penjaja kecil adalah tidak benar sama sekali, sebaliknya sentiasa prihatin kepada golongan tersebut.

Sebaliknya, perintah penutupan beberapa Bazar Ramadhan dan Bazar Aidil Fitri di negeri ini terpaksa dilakukan berikutan peningkatan bertambah kes COVID-19 di negeri ini.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor bahkan juga memberitahu akan merundingkan isu terjejasnya perniagaan para penjaja itu dengan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Ianya susulan keputusan MKN yang diumumkan mengejut baru-baru ini pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Daerah Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Baling dan Bandar Baharu pada 1 hingga 14 Mei.

Sebaliknya, keprihatinan kerajaan negeri kepada para penjaja telah ditunjukkan sejak sejak setahun lalu bagi mengimbangi kesan pandemik COVID-19 apabila memberi kebebasan berniaga.

Iaitu di kawasan-kawasan selamat di seluruh negeri ini dengan memastikan kebersihan dijaga selain mematuhi disiplin prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelak jangkitan.

Malah, dalam tindakan semasa kerajaan negeri juga telah memperuntukkan bantuan 3,600 khemah dan meja lipat kepada para penjaja kecil yang diagih-agihkan ke semua DUN dalam negeri ini.

Inisiatif ini sebagai satu usaha pihak kerajaan negeri kerana mendengar keluhan peniaga yang terjejas dan sebagai bantuan meringankan beban ditanggung oleh mereka atas situasi itu.

ADUN Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat memberitahu, minggu lalu pihaknya telah mengagihkan 30 khemah dan meja lipat itu dan bakinya setelah menerima daripada pembekal nanti.

 

 

“Alhamdulillah, peniaga sudah mula menggunakan khemah dan meja hasil sumbangan daripada Kerajaan Negeri Kedah. Terima kasih Kerajaan Negeri Kedah kerana mengambil berat dan cakna dengan isu semasa peniaga-peniaga kecil di negeri Kedah.

“Moga sumbangan yang diberikan dapat digunakan dengan sebaiknya dan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kos perbelanjaan yang ditanggung oleh peniaga,” katanya