Home Artikel PAS Perak

Imarah bulan mulia dengan ibadah sunat

51
SHARE

Oleh Fiza Fir

PASIR SALAK: Sempena bulan yang mulia ini, umat Islam diseru mengimarahkannya dengan melakukan amalan-amalan sunat bagi mengisi masa yang terluang.

Bulan Ramadan digalakkan umat Islam untuk melakukan amalan orang-orang soleh seperti solat dan membaca Al-Quran dan bagi setiap mukmin sangat dianjurkan melakukan solat tarawih dan witir sebagai latihan agar mampu mengamalkan qiyamullail di luar bulan Ramadhan.

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.”

Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)

Bagi menyahut seruan tersebut, Dewan Muslimat PAS Pasir Salak yang diketuai oleh Hajah Jamaliah Sudin telah menganjurkan satu program yang semestinya dibuat setiap tahun yang diberi nama Ihya’ Ramadan.

Kehadiran lebih 40 orang para tetamu yang mengalakkan membuktikan kesungguhan para wanita tidak kita tua atau pun muda sangat berminat dengan majlis ilmu malah turut dihadiri jemputan dari wakil Wanita UMNO dan juga PPBM.

Menurut Hajah Jamaliah,ia sebagai tanda mengimarahkan suasana dengan ibadah sunat yang mana jika dilakukan ganjarannya berbeza berbanding bulan-bulan yang lain.

“Selain daripada itu, ia juga sebagai salah satu cara dalam memanjangkan lagi tali silaturrahim bukan dikalangan PAS sahaja malah dalam Perikatan Nasional dengan adanya wakil daripada UMNO dan PPBM ‘,ujarnya.

Beliau juga turut mengingatkan para isteri, ibu dan suri rumahtangga bahawa mereka berpeluang memperbanyakkan amalan terpuji dan ibadah sunat dirumah.

Program yang diadakan di Pusat Aktiviti Sosial Markas PAS Chendrong Balai itu juga diselitkan pelbagai aktiviti lain antaranya mengadakan tadarrus Al-Quran,memberi cenderahati dan mengedar makanan ke rumah-rumah sekitar.