Home Berita PAS Melaka

Ibu dengan dua anak OKU terima kit Ramadan PAS Gangsa

69
SHARE

Oleh AHMAD KAUTSAR MD ALI

ALOR GAJAH, 4 Mei : Seorang ibu yang mempunyai dua orang anak orang kurang upaya (OKU) adalah antara 80 orang darìpada golongan kurang berkemampuan yang telah menerima sumbangan kit makanan daripada PAS Cawangan Gangsa.

Selain itu, mereka yang menerima sumbangan ini antaranya adalah ibu tunggal bersama anaknya yang tiada pekerjaan akibat pandemik Covid-19; mualaf, veteran PAS dan lain-lain kategori lagi golongan kurang berkemampuan.

Menurut Ketua Cawangan PAS Gangsa, Ustaz Ridzuan Abd Ghani, setiap penerima menerima kit makanan yang terdiri daripada beras, susu pekat, gula pasir, minyak masak, kordial, teh, tepung gandum, biskut dan pek ketupat segera bernilai sekitar RM70 selain sejumlah wang tunai.

Kit makanan ini dihantar sendiri oleh para petugas ke rumah penerima dalam satu program edaran yang berlangsung di Kampung Gangsa, Durian Tunggal, di sini, kelmarin.

Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin telah diberi penghormatan mengetuai program edaran ini.

Program edaran infak Ramadan ini juga dilaksanakan dengan atas bantuan dan komitmen penyumbang-penyumbang yang membantu menjayakan program ini.

Turut serta dalam program anjuran ini ialah Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dun (JPrD) Durian Tunggal, Azman Amat.

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .