Home Berita PAS Kelantan

Kerajaan kaji semula tarif elektrik baharu elak beban pengguna

66
SHARE

Oleh CHE MAZIAH MAT

KOTA BHARU, 28 Sept: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sedia menyemak dan mengkaji semula kadar baharu tarif elektrik kepada pengguna domestik dan industri berikutan keadaan semasa rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Menterinya, YB Dato’ Seri Takiyuddin Hassan berkata, walaupun KeTSA dalam usaha mempertingkatkan kuota dan mutu perkhidmatan tetapi pada masa yang sama berusaha untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat ekoran kadar tarif elektrik yang tinggi.

“Dasar yang ada hari ini adalah sentiasa prihatin dengan masalah rakyat dan paling penting rakyat mesti menikmati bekalan elektrik yang baik.

Pihak Kementerian akan memastikan bekalan sumber negara mencukupi dengan memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui,” ujarnya di sini, semalam.

Tambahnya, sebagai sebuah syarikat dan juga badan korporat berkaitan kerajaan (GLC), soal perniagaan sudah pasti menjadi teras utama Tenaga Nasional Berhad (TNB). Namun, TNB sentiasa mencari alternatif untuk mengimbangi antara perkhidmatan dan perniagaan.