Home Berita PAS Kedah

Kerajaan bekal wang tunai dan barangan basah untuk penduduk terlibat PKPD

64
SHARE

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah akan membekalkan bantuan khas wang tunai dan makanan basah kepada 2,767 buah rumah yang dikenakan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan(PKPD) di Daerah Kuala Muda.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan demikian melalaui hantaran facebooknya lewat petang semalam.

Menurutnya, bekalan ini akan melibatkan peruntukan khas berjumlah RM373,545.00  untuk membekalkan barangan berupa  ayam segar, ikan, sayur-sayuran dan telur

Tambahan pula ujarnya, selepas dua minggu dikenakan PKPD, mereka yang terlibat telah kehabisan bekalan wang tunai dan ini menimbulkan masalah untuk membeli keperluan selain daripada makanan yang dibekalkan melalui bakul makanan PKOB.

Beliau juga menyedari kesukaran mendapatkan makanan basah dan bekalan wang tunai berikutan ada kawasan terbabit PKPD tidak mempunyai perkhidmatan bank atau ATM.

Sehubungan itu beliau mengarahkan semua bantuan tersebut diselaraskan oleh Pejabat Daerah Kuala Muda dengan diketuai oleh Pegawai Daerah, Abdullah Hashim.

Bantuan akan mula dibekalkan mulai pagi Rabu melalui petugas PKOB dan kakitangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) di Taman Bandar Baru, Taman Cahaya, Lembah Permai PKNK dan Kampung Sireh.