Home Rencana PAS Pahang

Vaksin Covid-19 : Malaysia capai imuniti kelompok September/Oktober 2021

68
SHARE


Oleh: ZARIMI SHUBRAWI

Sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin, vaksin Covid-19 akan diberikan secara percuma kepada semua rakyat Malaysia. Ini menunjukkan begitu prihatinnya pihak kerajaan kepada semua rakyat bagi menjamin keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan hidup.

Pemberian vaksin yang telah berjalan melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah mula memasuki fasa ke-3 di seluruh negara. Sehingga hari ini 9.8 juta populasi di Malaysia atau 30% telah menerima satu dos vaksin. Daripada jumlah itu, 4.5 juta atau 13.9% populasi telah lengkap dua dos.

Walaupun pada awalnya kerajaan mensasarkan imuniti kelompok akan dicapai pada Februari 2022, namun dengan kerja keras frontliners dan semua yang terlibat. insya Allah sasaran imuniti berkelompok dijangka dicapai pada akhir September atau awal Oktober tahun ini.

Ini adalah satu kejayaan semua pihak, kerajaan, barisan hadapan, sukarelawan serta rakyat yang pada hari ini telah menunjukkan respon positif kepada program imunisasi kebangsaan itu.

Berita gembira buat kita juga ialah kerajaan telah menempah lebih 76.1 juta dos vaksin – 70% Pfizer, 23.4% Sinovac, 10% Astrazaneca, 10.9% CanSino dan 10% daripada fasiliti COVAX.

Setakat ini kita telah terima 20 juta dos dari keseluruhan jumlah vaksin yang ditempah. Dijangkakan kita akan menerima jumlah keseluruhan 30 juta dos pada akhir bulan ini, 40 juta dos pada bulan Ogos, 53 juta dos pada bulan September dan 58 juta dos pada bulan Oktober. Baki selebihnya akan diterima antara bulan November 2021 hingga Januari 2022.

Menariknya kini, pelbagai kaedah telah dilakukan untuk mencapai sasaran program ini. Hari ini pemberian vaksin bukan sahaja di kawasan bandar, bahkan telah masuk ke kawasan kampung, pemberian vaksin secara pandu lalu, vaksin walk in kepada warga emas di Kuala Lumpur dan Selangor dan terkini program pemerian vaksin akan dilakukan dalam tempoh 24 jam di sesuatu tempat yang akan diberitahu nanti.

Apa yang sedang berlaku hari ini ialah satu tindakan tepat untuk kita sama-sama keluar dari pandemik ini. Kita melihat kejayaan program vaksinasi ini mula menampakkan hasil apabila kes Covid-19 turun mendadak di Wilayah Persekutuan Labuan apabila situasi dua bulan terakhir di Labuan dapat dijadikan iktibar untuk dipelajari.

Jangkitan dan kematian naik mendadak di pulau kecil di Borneo itu sepanjang akhir Mei dan Jun, dengan rekod 1,340 kes baru dalam seminggu. Vaksinasi di pulau itu kemudian dipercepat. Ketika ini, Labuan telah mencapai 87 peratus vaksinasi dos pertama dan 52 peratus yang lengkap dua dos. Susulan itu, kes di Labuan menurun dengan ketara dalam dua hingga tiga minggu, dan Labuan hari ini hanya melaporkan 24 kes.

Insya Allah kita pasti akan menang dan kita sedang berjuang untuk menang. Elakkan terlibat dengan agenda naratif ‘kerajaan gagal’ kerana kita telah berjaya dan akan terus berjaya. Bersatulah rakyat Malaysia untuk memenangi peperangan ini.

Program imunisasi yang dilaksanakan ini adalah merupakan satu program mensejahterakan semua rakyat sesuai dengan konsep Islam yang sememangnya mementingkan keselamatan nyawa sebagaimana yang telah tercatat di dalam maqasid syariah.

Kerajaan PN, Kerajaan Prihatin Rakyat.
Sejahtera Bersama Islam.

::===::===::===::===::===::===::===::