Home Artikel PAS Johor

Kenyatan media : Pengarah PASTI Johor

302 views
SHARE

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program Alam Ria PASTI Malaysia 2019.

Sekalung penghargaan buat Jabatan PASTI Malaysia pimpinan Ustaz Syarhan Humaizi selaku Ketua Pengarah atas kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk menjadi tuan rumah tahun ini. Kami amat menghargai kesudian pimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melalui Sektor Pendidikan kendalian Ir Mukhtar Suhaili yang memberi sokongan padu kepada kami DPPNJ dan Jabatan PASTI Negeri Johor khususnya.

Tahniah buat semua peserta, guru-guru, kontinjen-kontinjen setiap negeri, serta ibu bapa yang telah bertungkus lumus membawa nama baik negeri kalian untuk dipentaskan. Kalah dan menang adat pertandingan. Tahniah khusus buat pasukan terbaik dari Jabatan PASTI Negeri Terengganu yang telah berjaya merangkul Johan Keseluruhan Alam Ria Pasti Malaysia (ARPM) 2019. Pastinya ada rahsia kejayaan disebalik keberkatan “Baldatun Tayyibatun” Negeri Terengganu Darul Iman.

Seluas kasih sayang perlu kami rakamkan khas buat YB Ustaz Fadhli Shaari, Timbalan Ketua Pemuda DPPM yang sudi memeriahkan sekali gus merasmikan ARPM 2019. Kehadiran YB  Fadhli Shaari telah menyuntik semangat kami pemuda PAS Johor seluruhnya.

Pastinya amat perlu kami selaku tuan rumah menyusun 10 jari menghulur tangan memohon ampun dan maaf atas sebarang kekurangan, salah dan silap yang pastinya tidak kami sengajakan.  

Sehingga kita berjumpa lagi di lain siri. Salam hormat dari kami seluruh Pemuda PAS Johor. Kita kerja bersama, kita bersaudara, Demi Islam. Demi Islam!

MOHD FAIRUZ BIN ALIAS

Pengarah PASTI Johor