Home Kenyataan Media Dewan Ulamak PAS Pusat

Pecat Peguam Negara!

254 views
SHARE

Pecat Peguam Negara

DEWAN Ulamak PAS Pusat mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T atas keputusan inkues kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang dibacakan oleh Koroner Rofiah Mohamad semalam. Berdasarkan keputusan inkues, beliau meninggal dunia berpunca daripada tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali. Semoga punca kematian yang telah dikenal pasti akan mengheret para penjenayah sebenar ke muka pengadilan.

Sementara itu, DUPP juga berpendapat satu petisyen wajar dipersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk memecat Peguam Negara kerana dilihat mengambil kedudukan memihak, subjudis dengan memfailkan afidavit seolah-olah Allahyarham Adib meninggal dunia bukan kerana dipukul. Ia selari dengan kertas penghakiman yang menyatakan bahawa perlakuan Peguam Negara telah ‘scandalized’ prosiding inkues.

Tommy Thomas telah merosakkan integriti Jabatan Peguam Negara. Tambahan pula, pendakwaan kes jenayah ini bergantung kepada bidang kuasanya. Hal ini akan menampakkan keadilan sukar ditegakkan kerana tindakan Tommy Thomas yang bersikap memihak sejak prosiding inkues dijalankan. Oleh itu, pemecatan ke atasnya atau perletakan jawatan secara bermaruah perlu dilakukan oleh Tommy Thomas dalam kadar segera.

Sekian.

YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh)