Home Artikel PAS Sabah

Lahir ejen penerangan khas PAS Keningau

58 views
SHARE


Oleh: MOHD AJRUL HADI ISMAIL
29 September 2019

KENINGAU: PAS Kawasan Keningau telah berjaya mengadakan Bengkel Penulisan Haraki dalam mengasah kemahiran menulis dalam kalangan ahli di pejabat PAS Kawasan Keningau kelmarin.

Bengkel ini bertujuan bagi melahirkan ramai lagi ahli yang berkemahiran menulis berita dan menjadi ejen penerangan PAS Keningau bagi memudahkan penyebaran maklumat kepada masyarakat awam khususnya masyarakat Keningau.

Bengkel ini dikendalikan oleh Ustaz Amiruddin Mohd Rosdi, Penolong Setiausaha PAS Negeri Sabah yang menerangkan dan memberikan tips untuk menguasai penulisan berita.

Beliau mengatakan bahawa penulisan berita ini adalah sangat penting bagi menyampaikan mesej berkenaan PAS kepada masyarakat.

“Semoga dengan bengkel kali ini mampu melahirkan ramai penulis dalam kalangan ahli PAS sekali gus berita mengenai PAS dapat disebarkan kepada umum dengan kadar segera,” ujar Ustaz Amiruddin.

Turut hadir bersama, Ustaz Abdul Hisham Othman, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Sabah serta pimpinan PAS Kawasan Keningau.