Home Kenyataan Media PAS Melaka

Kenyataan Media Pesuruhjaya PAS Melaka Berkaitan Penamatan Bekalan Air Berjadual

388
SHARE

Kenyataan Media
Pesuruhjaya PAS Melaka


PENAMATAN PROGRAM BEKALAN AIR BERJADUAL BERKUATKUASA PADA 1 APRIL 2020

Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka (BPPNM) mengucapkan ribuan terima kasih atas keputusan yang telah di ambil oleh Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Sulaiman Md Ali untuk memberhentikan program bekalan air berjadual bermula dari 1 April 2020. Penduduk negeri Melaka akan mendapat menikmati bekalan air secara berterusan tanpa ganguan.

Keputusan yang dibuat ini amat bijak dan bertepatan demi menjaga maslaha rakyat yang kini sedang berhadapan dengan acaman wabak Covid-19 dan dalam suasana pergerakan yang terbatas disebabkan PKP.

Walaupun takungan air di tiga empangan utama iaitu Durian Tunggal, Juz dan Asahan belum mencapai tahap yang mengizinkan tetapi sikap mendahulukan kepentingan dan kebajikan rakyat Melaka adalah suatu keputusan yang seharusnya diberikan pujian.

Oleh itu saya bagi pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka sekali lagi ingin merakamkan ucapan terimakasih yang tidak terhingga atas keputusan cepat dan tepat yang dibuat oleh YAB Ketua Menteri Melaka. Tahniah dan Syabas

“ Islam Memimpin Perpaduan”

Ustaz Kamaruddin Sidek
Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka.
29 Mac 2020