Home Artikel PAS Pahang

ADUN Tahan salur sumbangan di perkampungan orang asal

307
SHARE

Jerantut, 29 Mac 2020- Adun Tahan Ustaz Ahmad Zakhwan telah menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di dalam Dun Tahan.

Pada awalnya di sebelah pagi penyampaiain agihan sumbangan telah di berikan kepada Perkampungan Orang Asal Kg. Paya Lintah, Kg. Paya Petai, Kg. Paya Tampak dan Kg. Machang. Serahan dibuat kepada Tok Batin dan wakil penduduk untuk diagihkan.

Sumbangan diteruskan pada sebelah petang dengan penyerahan sumbangan kepada Pengerusi JKKK Kg. Kuala Tembeling, Kg. Kuala Retang, Kg. Sepial, Kg. Batu Balak, Kg. Pasir Durian, Kg. Ulu Retang, Kg. Chebong, Kg. Pasir Sia, Kg. Labu/Jong Belabuh dan Kg. Merting/Lubuk Payung untuk diagihkan kepada penduduk-penduduk.

Semoga sumbangan ini dapat menampung keperluan penduduk-penduduk pada ketika ini dengan ditambah dengan sumbangan daripada pihak JKKK, tabung masjid dan sumbangan dari pihak yang lain.

Marilah kita terus bermunajat kepada Allah Taala, agar musibah ini akan segera berakhir dan dikurniakan keselamatan serta keamanan kepada kita semua. Jom kita pakat puasa pada hari esok.

Untuk terus membantu, salurkan sumbangan anda ke dalam akaun yang tertera.