Home Khas

Kenyataan Media PAS Pusat: Pilihan Raya Kecil DUN Sg Kandis

2,667 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT: PILIHAN RAYA KECIL DUN SG KANDIS

1. PAS mengambil keputusan tidak meletakkan Calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis kerana ingin mengkaji terlebih dahulu Hasil Dapatan Jawatankuasa Post-Mortem PRU 14 PAS Pusat yang sedang disiapkan ekoran tahap keputusan dalam PRU yang lalu, khususnya di Negeri Selangor. Keputusan ini turut terpakai dalam PRK Dun Balakong.

2. Oleh itu, PAS tidak menurunkan jenteranya dalam PRK Sungai Kandis, namun seluruh jentera PAS akan terus bergerak sebagaimana biasa dalam mengukuhkan parti pasca PRU14 bagi membuat persiapan menghadapi PRU15.

3. Sehubungan dengan itu, ahli-ahli PAS di Sungai Kandis diarahkan membuat pilihan berpandukan pertimbangan yang wajar demi kepentingan Islam/Melayu serta masa depan negara dengan mengambil kira sikap PAS terhadap kerajaan baru PH adalah kekal sebagaimana sebelum PRU14 lalu.

4. PAS juga berpandangan suatu amalan demokrasi yang baik (good democratic practice) memerlukan proses semak dan imbang (check and balance) dalam pentadbiran sesebuah kerajaan, termasuklah Kerajaan Selangor. Dengan kata lain peranan Pembangkang adalah amat penting.

“SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN

Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 09 Zulaedah 1439 / 22 Julai 2018