Home Berita PAS Perlis

Tekad Menuju Cita Tema Ucaptama Ketua DPPNPs

608
SHARE

Oleh: Haziq Dun

ARAU: ‘Tekad Menuju Cita’ menjadi tajuk ucaptama Ketua Pemuda PAS Negeri Perlis sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis Kali Ke-43 yang berlangsung pada 21 Julai yang lalu.

Ucaptama berkenaan telah disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Perlis, Ustaz Muhammad Azmir bin Azizan di hadapan lebih 100 orang perwakilan serta pemerhati yang hadir.

Dalam ucapannya, beliau telah mengingatkan para perwakilan serta pemerhati yang hadir bahawa tema yang dipilih akan menentukan hala tuju Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis.

Turut disentuh, empat teras utama gerak kerja DPPNPs dalam menuju PRU-15 iaitu Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), Dakwah Anak Muda, Media Baru dan Tarbiyyah (Pendidikan).

Selain itu, seluruh jentera pemuda turut digesa supaya mengukuhkan organisasi masing-masing serta mempersiapkan jentera bagi melaksanakan  segala gerak kerja yang bakal dirancang nanti.

Ucaptama ini kemudiannya dibahaskan oleh para perwakilan daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan-Kawasan (DPPK).