Home Kenyataan Media PAS Melaka

Kenyataan Media PAS Melaka : Tahniah Atas Perlantikan Presiden PAS Sebagai Duta Ke Timur Tengah

296
SHARE

 

KENYATAAN MEDIA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI MELAKA


Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka berasa sangat berbesar hati atas perlantikan Presiden PAS, YB Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas YAB Perdana Menteri Malaysia ke Timur Tengah.

Kami percaya bahawa pengalaman beliau dalam isu-isu antarabangsa yang melibatkan timur tengah dan umat Islam menjadi asas paling kuat bagi Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melantik beliau ke jawatan yang sangat penting ini.

Besar harapan kami agar perlantikan ini bakal membawa natijah kepada penyatuan umat Islam di seluruh dunia khususnya di rantau Timur Tengah yang sedang bergolak hari ini.

Kami Badan Perhuhungan PAS Negeri Melaka mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada Presiden PAS, YB Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Semoga dengan perlantikan ini akan mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan Timur Tengah khasnya, juga seluruh dunia Islam amnya. Dan akhirnya dapat merealisasikan hasrat untuk menjadikan Islam memimpin politik dunia.

Siiru ala barakatillah.

Ustaz Kamaruddin Sedik
Pesuruhjaya PAS Melaka
4 April 2020