Home Kenyataan Media PAS Melaka

Kenyataan media | PAS Melaka menolak pilihanraya PBT

871
SHARE

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Melaka menyatakan pendirian menyokong PAS Pusat menolak pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ).

2. Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan akan mewujudkan risiko perpepecahan rakyat yang berasaskan kaum. Kawasan bandar yang maju dan pusat ekonomi akan didominasi oleh kaum Tionghua sementara kawasan luar bandar yang secara umum agak tertinggal dari segi pembangunan dan ekonomi akan dikuasai oleh orang-orang Melayu dan bumiputera lainya.

3. Ini akan mewujudkan jurang perbezaan kaum dan taraf hidup dikalangan rakyat dan tidak sesuai dalam negara majmuk seperti Negara Malaysia.

4. Di negara kita tidak pernah dilaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan sejak kerajaan Persekutuan menggantungkan perlaksanaannya melalui undang-undang darurat pada tahun 1965. Usaha untuk menghidupkan pilihan raya PBT banyak digerakkan oleh DAP sejak sebelum pilihan raya umum ke-14 lagi. Kerajaan Pulau Pinang sejak diperintah oleh DAP cuba laksanakan hasrat tersebut tetapi tidak berjaya kerana bantahan daripada pelbagai pihak.

5. Bayangkan jika Malaysia laksanakan pilihan raya PBT? Sudah tentu ia akan menambahkan lagi kerancakan politik yang mengheret rakyat ke kancah pertembungan kepartian dan kaum. Kami meyakini sistem yang ada sekarang sudah memadai.

6. Sebaiknya penumpuan dalam aspek pembangunan dan menambahbaikan yang lebih mendesak dan penting daripada melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan. Maka, pilihanraya PBT dianggap sebagai pilihanraya yang akan membazirkan wang rakyat dan negara.

7. Oleh itu, PAS Negeri Melaka menolak cadangan untuk mengadakan Pilihanraya PBT di Malaysia.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

USTAZ KAMARUDDIN SIDEK
Pesuruhjaya
PAS Negeri Melaka
18 Julai 2020 / 27 Zulqaedah 1441H


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)