Home Artikel PAS Selangor

Nadi Selangor by Roslan SMS – Muafakat Nasional Semakin Subur Di Selangor

494
SHARE

Selangor tidak ketinggalan dalam menggerakkan Gagasan Muafakat Nasional iaitu kerjasama politik PAS dan Umno seiring dengan gerakan bersejarah dan besar-besaran di seluruh negara dewasa ini.

Kesan perpecahan kuasa politik Melayu Islam dalam PRU 14 lalu sesungguhnya telah membangkitkan keinsafan bahawa pimpinan dan parti Melayu Islam kiranya berterusan berbalah dan enggan bersatu akan membawa kerugian buat semua. Lebih malang kuasa politik tadi boleh sahaja beralih tangan ke kelompok lain yang tidak ada agenda membela nasib dan masa depan ummah dalam perjuangan mereka.

Demikianlah nasib rakyat di Selangor di bawah Kerajaan PH kini yang didominasi DAP.

Selangor menjadi bumi subur buat MN kerana di sinilah dalam PRK DUN Semenyih permuafakatan besar ini telah berjaya menumbangkan PH dengan sokongan luarbiasa rakyat khasnya pengundi Melayu.

Malah di Semenyih pengundi bukan Melayu yang sebelum ini padu menyokong PH dikesan sudah mula berubah arah.

Di Selangor jentera MN negeri kini diterajui bersama dua tokoh besar anak jati Selangor iaitu Tan Sri Noh Omar, ahli Parlimen Tanjong Karang dan Dato Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Sijangkang.

Muafakat Nasional Selangor kini sudah pun aktif dan bergerak diseluruh 22 Kawasan Parlimen menjalin hubungan erat dan menyusun jentera bersama bagi menghadapi PRU ke 15 sehingga ke peringkat akar umbi.

Adalah dijangka dengan rekod cemerlang Kerajaan Perikatan Nasional diperingkat Pusat serta lonjakkan sokongan rakyat dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil termasuk Semenyih, Selangor bakal muncul sebagai Negeri Muafakat Nasional yang baru.

Rakyat Selangor dipercayai tidak sabar-sabar mahu melihat kerajaan baru bangkit menggantikan Kerajaan PH yang semakin lesu dan pincang.

Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

27 Zulkaedah 1441H |18 Julai 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#NormaBaharuCegahCovid19