Home Kenyataan Media PAS Melaka

Kenyataan Media : PAS Melaka Mengutuk Kejadian Keganasan Membakar Masjid Yang Berlaku Di India

990
SHARE

Badan Perhubungan PAS Melaka mengutuk kejadian membakar Masjid di daerah Ashok Nagar, New Delhi, India.

Kejadian yang berlaku pada 25 Februari lalu tular di media sosial dan juga dipetik oleh Aljazeera telah mengorbankan 11 nyawa termasuk seorang anggota keselamatan. 30 orang lagi dilaporkan masih dirawat di rumah sakit Rajesh Kalra di mana 10 orang dilaporkan dalam keadaan luka parah.

Sepatutnya kejadian sebegini tidak harus berlaku dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi terbesar di dunia.

Amalan menghormati agama lain haruslah diberikan keutamaan demi menjaga keamanan dan keharmonian. Nyawa manusia adalah amat berharga sebab itulah Islam sentiasa meletakkan keutamaan dalam memelihara nyawa manusia.

Islam menjamin keadilan sosial dan menghormati amalan agama-agama lain. Dan inilah yang dapat dilihat di Kelantan sejak lebih dari 30 tahun PAS memerintah Kelantan dan ditambah pula dengan amalan yang sama di Terengganu.

Haji Bakri Jamaluddin
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Melaka.
3 Rejab 1431
27 Februari 2020.