Home Artikel PAS Perlis

PAS Padang Besar Bakal Anjur Karnival Muafakat

491
SHARE

Oleh: Haziq Dun

PADANG BESAR: PAS Kawasan Padang Besar bakal menganjurkan Karnival Muafakat pada 6 hingga 8 Mac 2020 di Kompleks Tarbiyah PAS Kawasan Padang Besar (KOMTAR) akan datang.

Pengarah program Saad Seman berkata, antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang karnival tersebut adalah pertandingan tarik tali, karom dan dart yang akan disertai oleh ahli PAS dan juga UMNO.

“Membuka tirai Karnival Muafakat ialah kuliah Maghrib oleh ADUN Bukit Lada, Ustaz Salim Mahmood yang akan berlangsung pada malam pertama manakala perasmian program pula akan dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis, Mohd Shukri Ramli.

“Selain itu, kemuncak program pula adalah Ceramah Perdana yang membariskan AJK PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia, Dato’ Dr Fathul Bari Mat Jaya,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurutnya lagi, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Ir Dr Ahmad Fakhruddin juga dijangka hadir bagi mengisi kuliah Maghrib pada 7 Mac.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Padang Besar diberi tanggungjawab menganjurkan pertandingan sukan yang melibatkan PASTI dan SRITI, di samping acara sukan bermotor di bawah kelolaan Alternative Riding Club (ARC).

“Kita juga menyediakan beberapa acara untuk golongan wanita seperti bengkel membuat roti serunding, dodol dan riadah Muslimah yang akan dikendalikan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Padang Besar.

“Mursyidul Am PAS, Dato Tuan Guru Hj. Hashim Jasin juga dijangka hadir dalam program bersama antara Assabiqun PAS Padang Besar dan Veteran UMNO Padang Besar.

Beliau turut mempelawa seluruh rakyat negeri Perlis untuk hadir ke karnival tersebut.