Home Kenyataan Media PAS Perlis

Pesuruhjaya PAS Perlis Dibenarkan Pulang

80 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS NEGERI PERLIS
PJ PERLIS DIBENARKAN PULANG

1. Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga ADUN Sanglang YB Mohd. Shukri Ramli telah dibenarkan pulang ke rumahnya setelah beberapa minggu berada di wad Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

2. Walaubagaimanapun, beliau masih perlu menjalani rawatan susulan dan memerlukan rehat yang secukupnya.

3. PAS Perlis merakamkan jutaan ucapan terima kasih kepada para petugas di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar dan Hospital Tuanku Fauziah Kangar serta semua pihak atas perkhidmatan serta doa yang telah diberikan kepada beliau.

SAIFIZI SAIDON
Ketua Penerangan PAS Perlis
2 November 2019 | 5 Rabi’ulawwal 1441H