Home Artikel PAS Johor

Kenyataan Media : Ketua Sektor Pendidikan DPPNJ

172 views
SHARE

بسم الله الرحمن الرحيم

Nabi s.a.w. bersabda:

مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع سنين، واضربوهم عليها وهم أبناء عشر سنين، وفرقوا بينهم في المضاجع

Maksudnya: Suruhlah anak-anakmu bersolat ketika mana mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka (sekiranya mereka tidak mengerjakan solat) ketika mana mereka berumur 10 tahun dan pisahkan tempat tidur antara mereka (iaitu anak lelaki dan perempuan)

– Hadis riwayat Abu Daud

1. Berdasarkan hadis di atas menunjukkan bahawa dalam aspek pendidikan, salah satu kaedah iaitu  merotan adalah dibenarkan. Hukuman rotan boleh dilaksanakan atas dasar untuk mendidik dan merupakan pilihan terakhir.

2. Hari ini kita diberitakan, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman Penjara 1 hari dan denda RM4000 kepada Us Adib atas kesalahan beliau merotan anak murid kerana tidak menunaikan solat. Fenomena ini amat menyedihkan buat umat dewasa kini kerana tindakan Us Adib hanyalah untuk mendidik anak-anak zaman globalisasi ini agar berpandukan perintah Ilahi.

3. Kami dari DPPNJ merakamkan Tahniah buat Us Adib atas ketegasan beliau sebagai pendidik bangsa dan terus tabah serta sabar dalam menghadapi ujian ini. Mengharapkan juga agar Us Adib dapat meneruskan mendidik anak-anak bangsa diluar agar mendekati perintah Ilahi.

4. Kami juga menyeru kepada seluruh pendidik di negara ini agar terus mengerahkan keringat jasa bakti untuk mendidik dan mencurahkan ilmu dengan sebaiknya walau apa jua dugaan dan cabaran sekalian demi masa depan umat.

#pray4usadib

Pendidik penyelamat umat

#demiIslam

#Islammemimpinperpaduan

#selamatkanmalaysia

Us Azlan Hj Alias

Naib Ketua Pemuda DPPNJ