Home Artikel PAS Selangor

Kerjasama PAS-Umno demi Islam dan ummah

256 views
SHARE

WAN NUR AZIEZAN BAHARUDDIN

BANGI: Yang DiPertua PAS Kawasan Bangi, Ustaz Shafie Ngah menyatakan, kerjasama PAS-Umno merupakan satu kerjasama positif dan perlu diterima oleh rakyat terutama ahli PAS dan Umno di seluruh Malaysia.

Beliau menegaskan, perjuangan dilaungkan bukanlah untuk mendapatkan kuasa semata-mata, tetapi lebih kepada perjuangan menegakkan agama Islam dan mempertahankan kedaulatan sistem beraja yang semakin tercalar.

“Jadi kita perlu bersatu dalam mempertahan agama suci ini. Maka, PAS Bangi telah menyahut keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama untuk bekerjasama dengan Umno di peringkat kawasan Bangi dan seluruh Cawangan di dalamnya,” ujarnya.

Beliau yang hadir ke Majlis Sambutan Raya Perpaduan Ummah peringkat Cawangan Teras Jernang turut memuji Cawangan ini kerana berjaya menyahut seruan pimpinan PAS Pusat untuk bekerjasama dengan Umno.

Pada masa yang sama, beliau turut mempelawa untuk memeriahkan Majlis Sambutan dan Jamuan Raya Perpaduan Ummah Peringkat Parlimen Bangi yang akan diadakan esok, 30 Jun.

“Saya menjemput semua yang hadir hari ini untuk datang ke Seksyen 3 Tambahan pada Ahad ini untuk bersama memeriahkan jamuan Raya Perpaduan Ummah peringkat Parlimen Bangi.

“Ramai pimpinan peringkat nasional samaada dari parti PAS dan Umno akan sama-sama hadir bagi menunjukkan kesatuan dan kerjasama dalam mempertahankan agama dan sistem beraja,” ujar beliau.

Turut hadir dalam majlis sambutan hari raya malam ini adalah wakil Umno Bahagian Bangi dan Cawangan tersebut, ibu bapa pelajar PASTI dan masyarakat setempat