Home Kenyataan Media PAS Sabah

Kenyataan Media Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah – PEGAWAI KHAS HAL EHWAL WANITA: SETINGGI PENGHARGAAN

587
SHARE

01. Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah (DMPNS) mengucapkan tahniah kepada Hasima Abu Nawas atas pelantikan sebagai Pegawai Khas (Hal Ehwal Wanita).

02. Semoga dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab ini dengan cemerlang.

03. Terima kasih kepada PAS Sabah khususnya YB Dr Aliakbar Gulasan atas pengiktirafan penglibatan dan kemampuan wanita dalam bidang pentadbiran.

04. Pelantikan wakil wanita daripada kalangan DMPNS membuktikan PAS Sabah sentiasa peduli dan prihatin terhadap kebajikan dan masa depan wanita Sabah.

05. Hasima Abu Nawas mewakili DMPNS sebagai perantara untuk mendengar dan membawa suara wanita,khususnya dalam memperjuangkan hak serta kebajikan wanita di Sabah.

Norsah Bongsu
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah
21 Oktober 2020/ 04 Rabiul Awal 1442H