Home Artikel PAS Sabah

HAK PASTI Lahad Datu meriah meraikan murid

356
SHARE

Oleh : Nurul Syakinah Syaning
17 November 2019

LAHAD DATU : Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK) PASTI kali ke-21 yang melibatkan 5 buah PASTI di daerah Lahad Datu berlangsung meriah.

Majlis yang diadakan untuk meraikan murid cemerlang dan menyampaikan sijil tamat sekolah yang bermula seawal 8.00 pagi itu dengan dimulai dengan bacaan ayat suci Al-Quran yakni surah Al-Kahfi dan surah Ar-Rahman daripada murid PASTI.

Majlis yang berlangsung dengan gilang gemilang itu dirasmikan oleh Ustaz Rusli Hasan yang merupakan Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah. Turut hadir bersama ialah Ustaz Mohd Zaki Ibrahim dan Encik Landari Labobo selaku penasihat dan pengerusi PASTI Lahad Datu.

Selain itu, majlis yang diadakan di Dewan Prima, SK Lahad Datu II, juga dihadiri oleh ratusan ibubapa murid dan menyatakan perasaan gembira kerana anak-anak mereka telah berjaya menamatkan sesi persekolahan di PASTI.

“Pendidikan yang disediakan oleh PAS tidak akan terhenti setakat di peringkat PASTI sahaja tetapi PAS melalui Dewan Pemuda telah menyediakan pendidikan untuk masyarakat sehingga peringkat kolej universiti”, kata Ustaz Rusli Hasan dalam ucapan perasmian beliau.

Menariknya, suasana Hari Anugerah turut diserikan dengan beberapa persembahan daripada murid-murid PASTI yang diantaranya ialah bercerita, deklamasi sajak, bacaan hadis dan persembahan nasyid.

Hari Anugerah Kecemerlangan kali ini telah menobatkan adik Nur Amni Aleeyah Mohd Nazwan dari PASTI An-Najah sebagai tokoh Saidina Ali kategori akademik manakala kategori Pra Tahfiz pula disandang adik Nur Rania Aisyah Mohd Masriansyah dari PASTI Al-Falah. Anugerah PASTI Cemerlang pula menjadi milik PASTI An-Najah.