Home Artikel PAS Johor

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR 14 Ogos 2018 Menolak Kebejatan LGBT

106 views
SHARE

KENYATAAN  MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR
14 Ogos 2018

Menolak Kebejatan LGBT

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) melahirkan rasa gusar atas kebangkitan golongan songsang di negara kita ini.

2. Kami juga sangsi atas kenyataan dan permintaan pihak bersama LGBT yang mendakwa mereka didiskriminasi.

3. DPPNJ menyatakan kebersamaan kami bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi agar rakyat keseluruhannya mengisi petisyen sebagai respon kebimbangan kita terhadap kebejatan masalah golongan tidak ‘sihat’ ini melalui: //www.gopetition.com/petitions/solidariti-menentang-pengiktirafan-lgbt.html

4. Kami berpendapat golongan ini masih perlu didakwah agar mereka kembali kepada fitrah asal dan pada masa yang sama gerakan pihak yang cuba mempromosikan LGBT ini perlu dihentikan.

5. DPPNJ mendesak kerajaan Malaysia dan kerajaan Johor yang diterajui Pakatan Harapan (PH) perlu bersikap tegas dalam usaha mengekang amalan yang dilaknat Allah dan RasulNya dari merebak sehingga menjangkiti anak keturunan kita. والعياذ بالله

#tolakgerakanLGBT
#dekatibukaniktiraf

“Mara Menuju Cita”
“Sejahtera  Bersama Islam”

AHMAD  NAWFAL BIN MAHFODZ
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor