Home Artikel PAS Johor

Muktamar DMPNJ Segar Dengan Aura Muslimat Muda

187 views
SHARE

Muktamar DMPNJ Segar Dengan Aura Muslimat Muda

Para pimpinan bergambar dengan para muktamirat
Kehadiran Pemerhati Cik Kumutha dan Dr ‘Uyun
YB Zailah, Merasmikan Muktamar DMPNJ

Oleh: ‘Aisyaa Yasmin

Batu Pahat : Muktamar kali ke 30 Dewan Muslimat PAS Negeri Johor, DMPNJ menyaksikan kebangkitan muslimat muda dalam memuhasabah dan melontarkan idea bernas dalam usaha memperkasakan lagi parti Islam ini.

Nik Nur Nadhirah, perwakilan dari Iskandar Puteri menyifatkan kemenangan PH dalam PRU baru-baru ini adalah disebabkan faktor tolak Umno.

Malah, tidak dinafikan kemenangan ini juga atas faktor anak muda yang mengimpikan supaya Tun M kembali mengambil tampuk pemerintahan Malaysia.

Oleh itu katanya, kita harus yakin dan sedar bahawa sokongan anak muda menjadi salah satu penyumbang terbesar kepada kemenangan dan kehadiran ikon muda PPBM iaitu Syed Saddiq meyakinkan pengundi muda kepada PH.

Menurutnya lagi, tidak dinafikan juga PAS mempunyai ramai ikon-ikon muda untuk ditonjolkan kepada masyarakat namun kita harus akui kekurangan kita dalam melahirkan ikon-ikon muslimat muda PAS yang mampu setanding dengan pihak lawan.

“Oleh itu, kami mengusulkan supaya mewujudkan satu platform khusus untuk muslimat muda bagi mengetengahkan ikon-ikon seperti daripada ameerah (muslimat muda).”
Ulasnya ketika menyatakan keseriusan dan rasa tanggungjawab untuk mendekati anak muda.

Semangat muslimat muda pada muktamar kali ini sangat memberansangkan dan mendapat pujian para pimpinan.