Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Salam Takziah Buat Cik Kumutha Sekeluarga

918
SHARE

Takziah Buat Keluarga Ketua Wanita DHPP

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merakamkan ucapan takziah buat keluarga Cik Kumutha a/p Raman, Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) atas pemergian ayah beliau Encik Raman Veerasamay pada 13 Ogos 2018.

Kami mendoakan agar Cik Kumutha serta ahli keluarga tenang, tabah dan sabar dalam menghadapi segala cabaran dan meneruskan kehidupan dengan lebih kental lagi.

Setiap yang hidup pasti akan pergi meninggalkan kita. Justeru, semoga kita dapat menerima segala ketentuanNya dan mengharungi ujian dengan lebih kuat.

Takziah dan simpati sekali lagi dari kami seluruh kepimpinan DMPM. ‘Stay strong’ Kumutha!

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
14 Ogos 2018 bersamaan 2 Zulhijjah 1439